Cerita Kami
Ditubuhkan pada tahun 2016, kami hanya menjalankan perniagaan secara mobile home spa bergerak dari rumah ke rumah pelanggan. Setelah hampir 5 tahun menceburkan diri dalam dunia perawatan moden tradisional ini, kini kami berpeluang untuk membuka cawangan pertama kami pada tahun 2021, di tengah bandar raya Johor Bahru iaitu di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
Ini bagi memastikan setiap pelanggan kami dapat menikmati dan melepaskan diri dari tekanan seharian dalam suasana yang selesa. Kami juga menyediakan sebuah ruang eksklusif untuk ketenangan bagi para wanita & jejaka.
Therapy An Nisaa Spa di buka untuk para wanita (pada setiap hari). Manakala untuk rawatan lelaki pula hanya di buka setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad).
Jejaki dunia kesihatan secara tradisional dalam suasana yang tenang, sunyi dan damai. Nikmati keselesaan suasana di Therapy An Nisaa, dengan melodi musik serta aroma minyak pati yang menenangkan.
Nikmati ketenangan dalam setiap rawatan untuk menghilangkan stress dan mengembalikan keimbangan badan dan minda. Kenali semula diri anda di Therapy An Nisaa Spa.





Create Your Own Website With Webador